UMNO yakin ESQ tingkat semangat penyatuan ahli
SABAK BERNAM 25 Julai - Modul Darjah Kerohanian Emosi (ESQ) yang akan diterapkan dalam kursus kepimpinan UMNO mulai 19 Ogos ini mampu membangkitkan kembali semangat penyatuan ahli parti yang kini pudar.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, modul yang diubah suai daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) itu mampu mewujudkan semangat kekitaan di kalangan tiga juta ahli parti.
Langkah itu jelasnya, amat baik dan tepat untuk dilaksanakan ekoran perpecahan dalam UMNO ketika ini berlaku kerana wujud rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin berhubung soal pemilihan jawatan atau calon pilihan raya.
"Saya fikir masalah remeh (tidak puas hati) ini perlu diketepikan. Kalau dalam pertandingan, kalah menang adalah perkara biasa dan semua pemimpin UMNO perlu merapatkan semula barisan.
"Maka, saya melihat modul ESQ yang dilaksanakan di kalangan kem komandan PLKN mampu mewujudkan rasa kekitaan antara satu sama lain yang saya lihat kini semakin hambar dalam UMNO sehingga hala tuju perjuangan parti seolah-olah semakin pudar," katanya .
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Sungai Besar, di sini hari ini. Turut hadir ialah Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.
Tambah Ahmad Zahid, modul ESQ akan memberi tumpuan ke arah pembentukan minda para pemimpin UMNO dalam memainkan peranan mereka kepada parti dan rakyat termasuk merampas semula kerusi di negeri yang dikuasai pembangkang.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Khamis, 30 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan